Recent Movies

PROJEK MEMIKAT SUAMI FULL EPISODES

DORM MELATI FULL MOVIE

MUNAFIK FULL MOVIE

SEPAHTU REUNION LIVE FULL EPISODES




Sepahtu Reunion mempersembahkan kisah-kisah komedi terbaharu secara langsung di hadapan penonton, bersama selebriti-selebriti undangan tanah air. Gelak sampai pengsan! 



EPISOD 10




LUKISAN CINTA FULL MOVIE

BAYANGAN EMILIA FULL MOVIE



Sinopsis Bayangan Emilia
Rita adalah seorang nurse di sebuah hospital dimana suatu hari beliau diminta untuk menjaga pesakit VVIP. Rita berpindah masuk ke banglo Ungku Mahmud. Pada permulaannya semua seperti biasa dan tiada yang mencurigakan sehinggakan satu ketika merasai akan kehadiran roh yang seperti tidak senang dengan kehadirannya disitu. Apakah misteri di sebalik rumah banglo tersebut?














 

SAYANG PAPA SAYA TAK? FULL EPISODES



Sinopsis Sayang Papa Saya Tak?


Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. 

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.



ISTERI TUAN IHSAN FULL EPISODES


Sinopsis drama Isteri Tuan Ihsan

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja ). Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja. 

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi . 

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? 

Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan. Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah. 

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka. 

Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin semakin uzur dimakan usia. Persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia.


7 HARI MENCINTAIKU FULL EPISODES


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku
Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali? 
Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi. Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari. Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?


Senarai Episod






SURI HATI MR PILOT FULL EPISODES



EPISOD 13
EPISOD 14
EPISOD 15
EPISOD 16
EPISOD 17
EPISOD 18
EPISOD 19
EPISOD 20

PATAHNYA SEBELAH SAYAP FULL EPISODES



EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
EPISOD 13
EPISOD 14
 
Copyright © 2017. Drama TV Full