Home » » Aeril Zafril dan Wawa Zainal suami isteri yang sah

Aeril Zafril dan Wawa Zainal suami isteri yang sah



Aeril , 25 dan Wawa, 22 memohon maaf kerana mengambil keputusan untuk menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenar. Mereka telah pun berkahwin dan menjadi suami isteri yang sah sejak tahun lalu. 

Aeril atau nama sebenar Suhairil Suhari berkata mereka berdua menyesal kerana tidak mendedahkan perkara yang sebenar sejak awal lagi sehingga lah perkara atau rahsia ini terdedah  dan bocor serta dilaporkan oleh pihak media.





"Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Mengikut perancangan awal, kami ingin memaklumkan mengenai status perhubungan ini 2 tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya bersama Metrowealth International Group(MIG) pada tahun 2015."

"Jadi saya menghormti permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan, Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal," katanya dalam satu majlis yang diadakan di restoren Western 114 di Neo Damansara petang Jumaat. 

Dalam majlis tersebut, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria.

Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.



bersambung................


Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full