Home » , , » Fizo Omar Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz

Fizo Omar Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz



Dengan bersaksikan 1000 orang tetamu, pelakon terkenal Fizo Omar akhirnya selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi tadi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat  dengan mas kahwin berjumlah RM506.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram.
Apa yang menariknya, terdapat tujuh orang selebriti lelaki diketuai oleh Datuk Rosyam Nor, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar, motosikal berkuasa tinggi.
Untuk pengetahuan anda, majlis penuh meriah ini telah berlangsung di kediaman keluarga Mawar di Country Heights, Kajang sambil dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan terdekat.
Menurut pasangan pengantin baru ini, mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.
Tidak sangka perkenalan yang singkat antara Fizo Omar dengan anak pengasas tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim akhirnya membawa ke jinjang pelamin.
Majlis penuh meriah itu menyaksikan Fizo kelihatan segak berbaju melayu warna putih hasil rekaan Man Kajang. Manakala pengantin perempuannya pula sungguh ayu mengenakan busana hasil rekaan Radzuan Radziwill.








Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full