Setelah berjaya memenangi anugerah YouTube Music Awards (YTMA) menerusi kategori Video of the Year baru-baru ini, Girls’ Generation kini tampil dengan single serta video klip terbaru mereka berjudul, My Oh My.
Nampaknya aura kumpulan ini memang tidak dapat disangkal lagi apabila MV terbaru mereka yang baru sahaja dilancarkan Isnin lepas telah berjaya mencapai lebih 2 juta tontonan dan 70 ribu like.
Menerusi klip video berdurasi 3.27 ini, Girls’ Generation dilihat telah memilih elemen silap mata sebagai konsep utama mereka dan diselang selikan dengan tarian.
Namun begitu tarian mereka pada kali ini dilihat sedikit mendatar dan tidak selincah seperti video klip I Got A Boy.
Apa pun, bagi peminat Girls’ Generation yang masih belum menonton video klip terbaru mereka, jom layan video My Oh My selepas ini. Semoga terhibur!