Home » , , , » Wawa Zainal Tak Bertudung??

Wawa Zainal Tak Bertudung??

Mula-mula admin tengok pun admin ingatkan Wawa Zainal. Rupanya bukan wawa dan Ayda Jebat yang disangka Wawa Zainal tak bertudung tu.


Semakin hari, nama pasangan selebriti iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semakin mencuri perhatian para peminat industri hiburan tempatan.
Jika minggu lepas, Aeril didakwa pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Nur Kasih, Ummi Nazera, akan tetapi tiga hari lepas, Wawa pula didakwa telah membuka semula tudungnya semata-mata untuk mengikuti penggambaran drama bersiri Aku Ada Wali di Seoul, Korea.
Isu tersebut timbul apabila peminat melihat sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon, Siti Saleha di laman sosialnya dengan caption berbunyi :
Early morning shoot. This is the street where they shot the gangnam MV. Lol. #kto #avon #tsarproduction#seoul.


Menerusi foto tersebut, terdapat seorang pelakon wanita yang berada di samping Saleha dilihat saling tak tumpah seperti Wawa, sehingga perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikut laman sosial Siti Saleha.
Rata-rata peminat telah melahirkan rasa terkejut apabila melihat Wawa membuka semula tudungnya.
Namun begitu, beberapa orang peminat telah membetulkan semula tanggapan negatif tersebut dengan menjelaskan bahawa pelakon yang berada di samping Saleha sebenarnya bukanlah Wawa Zainal, tetapi wanita itu adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 yang dikenali sebagai Ayda Jebat.

Untuk makluman, isu wajah seiras yang dimiliki oleh Ayda dan Wawa bukanlah satu perkara baru. Sekitar bulan September tahun lepas, Ayda pernah melahirkan rasa rimas apabila ramai peminat menganggap dirinya Wawa dan menafikan dakwaan kononnya dia klon kepada aktres tersebut.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Wawa, di sini admin ada kongsikan beberapa foto Ayda Jebat untuk tatapan anda semua. Jom kita tengok apa yang sama antara diorang berdua ni. 







Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full