Home » , , , » Telemovie Aku Pilih Kamu

Telemovie Aku Pilih Kamu




Sinopsis Aku Pilih Kamu

APK kamu mengisahkan tentang Qesya (Intan Ladyana) yang dibesarkan dengan kasih sayang ibunya, Laila (Sherie Merlis). Imran (Azhan Rani), ayah Qesya seorang pegawai tentera yang jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan operasi di luar. Keadaan ini membuatkan Qesya tidak menyukai ayahnya yang seperti tidak mengambil berat terhadap keluarganya dan keadaan menjadi rumit apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit dan Qesya dijaga oleh ayahnya.
Qesya bercinta dengan Iskandar (Zain Hamid) sejak 5 tahun dan hanya akan meminang Qesya selepas dia menamatkan pengajiannya di tahap tertinggi. Iskandar dan Qesya sering bertemu secara rahsia, namun Imran tahu mengenai perbuatan anaknya itu dan menganggap Iskandar sebagai lelaki tidak bertanggungjawab.
Pada suatu hari, Mohd Aliff (Fezrul Khan) muncul bertemu Imran memberitahu ayahnya yang merupakan sahabat baik Imran telah meninggal dunia. Imran sebelum ini telah membuat perjanjian dengan sahabatnya untuk menyatukan anak mereka. Pertama kali bertemu Aliff, Imran tertarik dengan budi pekerti anak muda itu dan tekad mahu menjodohkan Qesya dan Aliff.
Qesya mengamuk dan memaksa Iskandar bertemu dengan ayahnya, namun ia berakhir dengan pergaduhan dan Iskandar telah memutuskan hubungannya dengan Qesya. Qesya mula hilang arah dan Aliff muncul bagi mengubat hati Qesya. Aliff tidak mahu memaksa Qesya menerima hubungan mereka, namun di saat hati Qesya mula berbunga kembali, Iskandar muncul bersama satu rahsia tentang Aliff yang turut disembunyikan oleh Imran.


Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full