Home » , , » BILA HATI BERBICARA FULL EPISODES

BILA HATI BERBICARA FULL EPISODES




Bila Hati Berbicara merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Antasya Balqis. Buah tangan terbaharu Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah dan dan dibarisi pelakon baru sepertiSyafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif, dan ramai lagi.

Bila Hati Berbicara mengisahkan Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan, hidupnya bagaikan selebriti popular dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Memiliki personaliti menarik dan wajah yang kacak, Emir sering dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. 

Namun sejak Emir dikhabarkan sedang mencari calon isteri, setiap gerak-gerinya menjadi buruan para wartawan. Oleh kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah, Emir inginkan calon isteri yang setaraf dengannya.

Dalam situasi yang tidak terduga, Emir terjumpa dengan gadis bernama Tania Kasturi di kawasan setinggan. Tanpa disedari, Emir mula jatuh cinta terhadap gadis itu, namun dia cuba menafikan perasaannya kerana Tania tidak setaraf dengannya. 

Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania untuk berkahwin dengannya kerana rakannya, Badri Fathul turut menaruh perasaan terhadap Tania. Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu dahulu.


Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full