Sempena hari raya nanti, Creative Skill Solution akan mempersembahkan telefilem yang istimewa untuk penonton setia TV3 bertajuk ‘Jodoh Ke Uolls’. Membawa gabungan pelakon-pelakon daripada drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Hati Perempuan seperti Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Amar Baharin, dan Izreen Azminda. Nantikan kemunculannya mereka pada hari raya nanti.