Home » » Filem Suamiku Encik Perfect 10 Akan Datang

Filem Suamiku Encik Perfect 10 Akan Datang


Novel Suamiku Encik Perfect 10! Novel ketiga dari Syamnuriezmil. Novel setebal 597 muka surat cukup menghiburkan. Kali ini olahan dan garapan yang menarik membuat kita leka untuk terus membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Bahasa yang mudah difahami membuatkan saya suka jalan cerita ini. Ia mengisahkan Aleeya Azmeen pergi ke London bersama kekasihnya Syed Muzaffar lima tahun yang lalu untuk belajar tapi punah separuh jalan. Ditinggalkan kekasih bukanlah satu perkara perit tetapi dia ditinggalkan selepas satu peristiwa tanpa rela meragut kesuciannya yang dikesalkan. Pulang ke Malaysia jalan terakhir kerana di London Aleeya Azmeen telah dibuang dari kolej. Pertemuan tanpa diduga dilapangan terbang Heathrow, London. Zariel Daniel dengan sukarela ingin membantu Aleeya Azmeen menjadi suami palsu selama satu minggu . Dalam tempoh itu ada satu perasaan yang sukar diungkapkan. Adakala Detik-detik manis menjadi suami isteri palsu berlaku tanpa sengaja  sehingga Zariel Daniel sering terlupa akan tanggungjawabnya pada tunangnya , Azura. Dalam kekalutan berlakonan menjadi suami isteri palsu demi mengkaburi mata ibu Aleeya Puan Yasmeen, Aleeya Azmeen dikejutkan dengan kehadiran Syed Muzaffar menagih cinta dan ingin bertanggungjawab keatas kandungannya. Syed Muzaffar ingin mendapatkan anak yang dikandungkan demi harta yang bakal diwarisi. Aleeya keliru, begitu juga Zariel keliru sama ada memilih Azura dan juga Aleeya. Tunang Zariel , Azura seorang model terkenal memaksa Zariel untuk mempercepatkan perkahwinannya. Semuanya bersebab, tanpa Zariel menghidu apa yang terjadi pada Azura. Tetapi segala tindakan Azura diperhatikan oleh Tuh Zaharah nenek Zariel yang memang dari mula tidak mempercayai Azura. Pelbagai cara tipu muslihat Azura buat demi untuk mendapatkan Zariel, asalkan Zariel menjadi milikinya. Pada Zariel, Aleeya ada keistimewaannya tersendiri. Bagi Aleeya Azmeen memiliki lelaki perfect 10 adalah idamannya ( Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar ).


Shooting untuk filem Suamiku Encik Perfect 10





Share this article :
 
Copyright © 2017. Drama TV Full